Peranan Keluarga Dalam Merapatkan Hubungan Silaturahim

Peranan Keluarga Dalam Merapatkan Hubungan Silaturahim

Pengenalan
Institusi kekeluargaan amat penting dalam kehidupan.
– perlu dipupuk sejak kecil kepada anak-anak
– keharmonian hidup terbentuk dan tidak menjadi sampah masyarakat
– perlu dititik beratkan dalam kehidupan bermasyarakat
– perpaduan turut meningkat dalam pelbagai kaum

Idea-idea Utama
Ibu bapa mendidik ajaran agama sejak kecil lagi.
– hidup berlandaskan keagamaan yang tinggi
– tahu membezakan yang mana dosa dan pahala
– tiada wujud perasaan yang negatif
– saling mengasihi sesama ahli keluarga

Membawa anak-anak melancong dalam mahupun di luar negara.
– hubungan bertambah erat dan mampu bertukar-tukar fikiran
– anak-anak berasa disayangi dan dihargai
– ibu bapa menjadi tempat mencurahkan masalah
– hubungan telah menjadi begitu erat

Banyak melakukan aktiviti kekeluargaan di rumah.
– mengemas rumah dan membersihkan kawasan rumah
– sikap saling membantu akan terbentuk
– semua ahli kelurga bagai aur dengan tebing
– menanam sikap kasih sayang yang mendalam.

Keluarga terutama ibu bapa bersama-sama ketika makan dan bersarapan.
– peluang untuk bertanya masalah kepada anak-anak
– mengambil berat akan permasalahan yang berlaku
– tidak lalai kepada anak-anak walaupun sibuk bekerja
– anak-anak akan menyanjung tinggi ibu bapa mereka

Ibu bapa meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak.
– sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak mereka
– bersama mereka sewaktu anak-anak belajar di rumah
– mengambil berat tentang pelajaran
– anak-anak akan berjaya atas hubungan yang rapat ini

Penutup
Kebahagiaan kekeluargaan amat penting.
– kekayaan bukan janji kebahagiaan keluarga
– jangan menyesal jika anak-anak terjebak dalam gejala sosial
– perlu dididik dari kecil hingga dewasa
– anak-anak berjaya dan kehidupan bertambah bahagia

.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s