Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

Peranan Masyarakat Dalam Menjurus Kesejahteraan Hidup

Pengenalan
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat amat sinonim dengan kehidupan masyarakat di negara kita pada hari ini.
– perlu dikekalkan kerana menjamin keharmonian hidup
– apatah lagi negara kita didiami oleh pelbagai bangsa
– semakin hari semakin dipertingkat demi kebaikan bersama

Idea-idea Utama
Dalam membicarakan tajuk di atas, antara langkah yang perlu dilakukan dengan meningkatkan amalan bekerjasama dalam kalangan masyarakat.
– pelbagai aktiviti masyarakat seperti gotong -royong jangan dipandang remeh
– landasan yang paling tepat yang mana masyarakat dapat berkenal-kenalan
– dapat bertukar-tukar pandangan dalam menjamin kesejahteraan hidup
– keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila

Masyarakat di negara kita mestilah menghormati budaya, agama dan cara hidup kaum yang lain.
– sentiasa sensitif dan jangan sesekali menyinggung perasaan mereka berdasarkan tiga elemen tadi
– sewajarnya mempelajari budaya mereka agar kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam
– dapat mengelakkan daripada melukai perasaan mereka tanpa disedari
– kaum yang lain juga akan berasa hormat terhadap kita dan impaknya kita akan hidup dengan aman dan damai

Pelbagai kaum juga disarankan menyertai pasukan Rukun Tetangga.
– manfaatnya amat besar yang mana keselamatan tempat tinggal kita akan terjamin
– rondaan yang dilakukan pada waktu malam pasti akan menyukarkan kecurian
– pada masa yang sama perpaduan antara kaum akan bertambah kukuh
– pembangunan yang dirancang turut berjalan dengan berkesan

Kehidupan akan harmoni jika masyarakatnya mengamalkan nilai-nilai murni.
– saling menghormati, bertolak ansur dan pelbagai lagi membentuk acuan kehidupan yang amat indah
– antara jiran terikat erat semangat kejiranan yang tinggi
– bermuafakat dijadikan amalan kehidupan dalam membuat keputusan
– ketenteraman wujud dan aktiviti harian berjalan dengan lancar

Semangat patriotisme perlu menebal dalam jiwa masyarakat.
– sanggup bergadai nyawa demi negara yang mengancam kesejahteraan hidup masyarakatnya
– tidak memburuk-burukkan negara di mata orang luar
– sentiasa menjulang martabat negara Malaysia
– melestarikan perpaduan dan membuahkan keharmoniah hidup masayarakatnya

Penutup
Sebatang lidi mudah dipatah manakala sebatang penyapu sebaliknya.
– dijadikan pegangan dalam hidup bermasyarakat
– jangan menjadi enau yang hanya melepaskan pucuk masing-masing
– hidup bersatu padu dalam apa-apa jua perkara
– kesejahteraan hidup diperoleh dan terus dihayati di negara kita

.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s