Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Plot

Binaan Plot

(a)     Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

(b)     Pengenalan – Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun begitu, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri supaya menyerang Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar.

(c)     Perkembangan – Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka supaya menetap di Melaka dan dijadikan bentara. Kebijaksanaan dan kata-kata Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah membuatkan Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja.

(d)     Perumitan – Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagiannya pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah bimbang jika perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk menyatukan mereka berdua. Paduka Raja pula dijadikan bendahara.

(e)     Klimaks – Raja Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap dan kembali ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandan diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuam yang tinggi telah menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan. Cau Pandan berasa dadanya seperti dipanah dan muntah darah lalu mati.

(f)      Peleraian – Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.

.

Teknik Plot

(a)     Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja.

(b)     Teknik imbas kembali. Contohnya, Seri Nara Diraja teringat akan peristiwa bapanya membeli azimat.

(c)     Teknik monolog dalaman. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan daripada Tun Perak.

(d)     Teknik pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan perwatakan Seri Amerta.

Advertisement

Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar

Latar Tempat    
(a) Melaka. (e) Kelang.
(b) Muar. (f) Siam.
(c) Batu Pahat. (g) Istana Siam.
(d) Hulu Muar. (h) Seri balai.

.

Latar Masa

(a)     Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

(b)     Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

(c)     Zaman Tun Perak menjadi Bendahara Melaka.

.

Latar Masyarakat

(a)     Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri, dan hulubalang.

(b)     Masyarakat yang mengamalkan ilmu.

(c)     Masyarakat yang tidak bersatu hati.

(d)     Masyarakat yang takut akan isteri.

(e)     Masyarakat yang bijaksana.

(f)      Masyarakat yang baik hati.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

Pantun Budi : Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)   Imej alam. Contohnya, air; laut; tanjung; saga; bunga melati; bunga seroja; kali; bunga cina; batu; daun; emas; anak beruk; dan pantai.

(b)   Peribahasa. Contohnya, Bagai cincin dengan permata.

(c)   Personifikasi. Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari.

(d)   Repetisi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat.

(e)   Responsi. Contohnya, Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

(f)    Asonansi. Contohnya, Hina manusia tidak berbudi (perulangan vokal i).

(g)   Aliterasi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat (perulangan konsonan d).

(h)   Rima akhirnya sama, iaitu abab.

Maksud

Pantun Budi : Maksud

Rangkap 1

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

Rangkap 2

Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi.

Rangkap 3

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

Rangkap 4

Sudah menjadi lumrah dalam hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.

Rangkap 5

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

Rangkap 6

Orang yang berbudi akan dipandang mulia, martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

Rangkap 7

Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama tarafnya.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun

Pantun Kiasan : Bentuk dan Ciri-ciri Pantun

(a) Terdiri daripada tujuh belas rangkap.

(b)   Berisi empat baris setiap rangkap.

(c)   Ada pembayang dan maksudnya.

(d)   Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.

(e)   Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata sebaris.

(f)    Bentuknya terikat.

Nilai dan Pengajaran

Pantun Alam Remaja : Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a)   Kasih sayang.

(b)   Tanggungjawab.

(c)   Baik hati.

(d)   Hormat-menghormati.

.

Pengajaran

(a)   Kita mestilah menyayangi anak-anak.

(b)   Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

(c)   Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.

(d)   Kita haruslah menghormati ibu bapa.

Tema dan Persoalan

Pantun Alam Remaja : Tema dan Persoalan

Tema

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

.

Persoalan

(a)   Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.

(b)   Pemberian hadiah dapat menggembirakan hati seseorang.

(c)   Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.

Gaya Bahasa (Cerpen Tingkatan 4)

Cerpen Munsyi : Gaya Bahasa (Cerpen Tingkatan 4)

Gaya Bahasa

Penggunaan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.

Metafora. Contohnya, Hasrat untuk menjengah wajah

kota yang pesat, penjajah menabur bara sengketa, dan hanya ingin menghidupkan roh patriotisme.

Peribahasa. Contohnya, baru setahun jagung, besar hati.

Personifikasi. Contohnya, pesan mulus yang lama terpahat di pangkal hati dan pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya.

Nilai (Cerpen Tingkatan 4) 

Cerpen Munsyi : Nilai (Cerpen Tingkatan 4) 

Nilai

Patriotisme. Contohnya, bonda berusaha untuk menanamkan semangat patriotik dalam diri Mel dengan harapan Mel akan menjadi seorang pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa sendiri kelak.

Tanggungjawab. Contohnya, bonda menjaga khazanah nenek moyangnya yang berupa kitab-kitab lama bertulisan jawi yang tidak ternilai harganya dengan begitu cermat.

Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa.

Kasih sayang. Contohnya, bonda berpesan dan menasihati Mel agar sentiasa menjaga agama dan bahasa ibundanya sewaktu dia berada di ibu kota.

Berdikari. Contohnya, Mel berhijrah seorang diri ke ibu kota untuk mencari kerja yang dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depannya.

Kegigihan. Contohnya, Mel berusaha untuk menjejaki rumah Munsyi sehingga berjaya berpandukan peta yang dibekalkan oleh bondanya.

Ketaatan. Contohnya, Mel patuh akan arahan bondanya agar menangguhkan pemergiannya ke ibu kota atas faktor ilmu dan pengalamannya yang masih cetek.

Amanah. Contohnya, Mel menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama milik bondanya kepada Munsyi yang menetap di perkampungan tradisi di ibu kota.