Pengajaran (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Kudup Perang : Pengajaran (Komsas Tingkatan 5)

PENGAJARAN

 
Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Kita mestilah biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan

Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna

Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Advertisement

Maksud Sajak (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Kudup Perang : Maksud Sajak (Komsas Tingkatan 5)

SAJAK

MAKSUD

Sementara dia bergelar panglima

laskar perang; yang terus-menerus

membajakan kezaliman – sering

mengudupkan putik dendam

kita masih perlu berterima kasih

kepada jari-jemari takdir

kerana membenarkan sepasang mata

untuk berlari dengan tangan bergari

sempat juga menadah sejambak puisi

untuk sehari lagi; sambil bertanya;

siapakah pahlawan yang asli?

Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Memang kita tidak sempat menjenguk

ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus

ringkik kuda, gemerincing

pedang pusaka

dan darah yang tiba-tiba membuak

di daerah angkara – perciknya

menumbuhkan kelopak rahsia

dalam keliru, tertanya-tanya kita

tangan mana yang memenggal

leher sang pendusta?

Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Andai namamu Tuah, kita masih

tidak mahu

menyanjungnya pendekar paling gagah

kerana takhta setia terbina

di istana wangsa

bukanlah penjamin kukuhnya

pasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendusta

melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota

Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Andai namamu Jebat, kita masih tidak

menggelarnya sebagai pengkhianat

kerana kita masih menangisi

peta keadilan yang tersirat – nun, karam

di lautan kesumat

sedang warga memanggilnya keramat

Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan  bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
Perang pun melecurkan lidah muslihat

bercabang lalu bertemu bayu palsu;

bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya

mewarnakan keindahan pada hodohnya

menjungkitkan amarah pada damainya

teramat lara kita menjahit semula

perca-perca bahagia – seperti perawan

yang dibungkamkan cinta pertama.

Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Sehingga senja tiba,

kita masih bertengkar

tentang siapa

pahlawan sebenarnya.

Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin  sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi

Sinopsis Keseluruhan (Novel Tingkatan 2)

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis Keseluruhan (Novel Tingkatan 2)

Sinopsis Keseluruhan

Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

.

Sinopsis Bab 13, 14, 15 (Novel Tingkatan 2)

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis Bab 13, 14, 15 (Novel Tingkatan 2)

Sinopsis Bab 13

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

Sinopsis Bab 14

Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.

Sinopsis Bab 15

Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

.

Sinopsis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 2)

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 2)

Sinopsis Bab 10

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

Sinopsis Bab 11

Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.

Sinopsis Bab 12

Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.

.

Nilai dan Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

Novel Destinasi Impian : Nilai dan Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

Nilai :

  • Kasih sayang – ibu bapa Firdaus dan adik perempuan Firdaus, iaitu Azlina sangat menyayangi Firdaus.
  •       Patuh – Azlina patuh akan arahan sepupunya, Johari yang membuat keputusan pulang ke rumah tanpa Firdaus walaupun hatinya dipagut perasaan bimbang tentang keselamatan abangnya.
  • Saling menasihati – Johari sentiasa menasihati Azlina dan Johari.
  • Bekerjasama – Rakan-rakan Johari bekerjasama sepanjang berada di Pantai Morib.
  •       Keadilan – Johari membuat undian apabila Firdaus tidak mahu meneruskan perjalanan ke Pantai Morib.
  •       Bertanggungjawab – Johari menuntun basikal Firdaus yang pancit sehingga menemui bengkel basikal.
  • Rajin – Johari rajin membaca buku berbanding menonton televisyen apabila ada masa lapang.

Pengajaran :

  • Kita hendaklah rajin membaca demi mendapatkan ilmu pengetahuan.
  • Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
  • Kita hendaklah bertolak ansur dalam sesuatu hubungan.
  • Kita hendaklah berusaha berubah ke arah yang lebih baik demi kemajuan hidup.
  • Kita hendaklah saling bekerjasama dalam sesuatu program.
  • Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap saudara.
  • Kita hendaklah menjaga kesihatan diri.

.

Bentuk Sajak dan Gaya Bahasa (Komsas Tingkatan 4)

Sajak Sang Gembala Kuda : Bentuk Sajak dan Gaya Bahasa (Komsas Tingkatan 4)

BENTUK SAJAK

  1.    Bentuk bebas
  2. Jumlah rangkap – 4 rangkap
  3. Jumlah perkataan setiap rangkap – bebas
  4. Jumlah suku kata dalam baris – 8 hingga 12 suku kata.
  5. 5.Rima akhir setiap rangkap – bebas

GAYA BAHASA

Aliterasi – perulangan konsonan’n’

Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan

Asonansi – perulangan vokal ’a’

Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda

Metafora

Contohnya : cemati keberanian,rimba perburuan,paya penindasan

Hiperbola

Contohnya rembatan angkuhnya memacu takut.

.

Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 4)

Sajak Sang Gembala Kuda : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 4)

TEMA

Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat  sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

PERSOALAN

  1. Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
  2. Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
  3. Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
  4. Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan

.

Plot (Komsas Tingkatan 4)

Drama Berkhidmat Untuk Negara : Plot (Komsas Tingkatan 4)

PLOT

 1. Permulaan

  • Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen yang menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman tentang manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja.

2. Perkembangan

  • Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama peserta PLKN  yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan  jawapan yang positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.

3. Perumitan

  • Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan negative tentang PLKN.

4. Peleraian

  • Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya.

.