Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Minat Bersukan kepada Anak-anak

Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Minat Bersukan kepada Anak-anak

Pendahuluan:

  • sukan antara aktiviti yang digemari di negara kita – pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial menceburi bidang ini
  • bidang sukan diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan – sekolah sukan ditubuhkan – pertandingan sukan dianjurkan
  • sukan dapat menjulang nama negara di persada dunia – Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David
  • ibu bapa berperanan penting untuk menyemai minat bersukan kepada anak-anak

Isi-isi Penting:

  • membelikan anak-anak mereka peralatan sukan – kasut, pakaian, raket – supaya anak-anak tidak menghadapi masalah semasa bersukan – misalnya, mereka tidak perlu meminjam daripada kawan atau tersingkir daripada pemilihan gara-gara tidak mempunyai peralatan sukan yang cukup – peralatan tersebut harus berkualiti kerana sukan ialah aktiviti yang lasak – alah membeli menang memakai – ibu bapa tidak harus lokek/bersikap tangkai jering/bakhil untuk melabur sekiranya anak-anak berminat – mungkin pelaburan tersebut akan membuahkan hasil/memberikan pulangan yang lumayan sekiranya anak-anak menjadi bintang sukan
  • menggalakkan anak-anak bergiat aktif dalam aktiviti sukan di sekolah – memastikan anak-anak tidak culas menghadiri aktiviti sukan – menghantar anak untuk sesi latihan di sekolah – anak-anak tidak akan memandang ringan/memandang sebelah mata terhadap aktiviti sukan di sekolah – anak-anak mungkin berjaya mewakili sekolah, daerah atau negeri – mungkin dapat mewakili negara pada masa depan – perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi – melentur buluh biarlah daripada rebungnya
  • memberikan sokongan padu kepada anak-anak – hadir memberikan sokongan sewaktu anak-anak terlibat semasa sesi latihan atau pertandingan – kehadiran ibu bapa amat bermakna – dapat menjadi suntikan semangat kepada mereka – sudah tentu mereka dapat meraih kejayaan dengan adanya sokongan padu daripada ibu bapa
  • memastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat – sukan ialah aktiviti fizikal yang memerlukan kecergasan, ketangkasan dan stamina – makanan yang diambil oleh anak-anak perlu mempunyai diet yang mencukupi seperti karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein untuk membina otot dan vitamin untuk menjamin kesihatan – ibu bapa perlu mengetahui diet yang diperlukan untuk ahli sukan – dapatkan maklumat daripada bahan-bahan bacaan atau laman-laman sesawang – makanan juga perlu disediakan sendiri oleh ibu di rumah –makanan hasil daripada air tangan ibu ialah makanan yang terbaik

Penutup:

  • kejayaan anak-anak dalam bidang sukan ialah tanggungjawab ibu bapa
  • sukan dapat dijadikan kerjaya yang mampu memberikan pulangan yang lumayan
  • ibu bapa harus merebut peluang
  • diharapkan legasi keluarga Haji Sidek yang dapat melahirkan anak-anak yang telah mengharumkan nama negara di persada badminton dunia pada suatu ketika dahulu dapat diteruskan oleh ibu bapa yang berwawasan

.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s